Thursday, December 30, 2010

Amaran Rasulullah tentang wanita bersanggul tinggi




Rasulullah SAW


“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.





Rasulullah s.a.w bersabda:

“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”




P/s : Saya tengok ramai kawan2 yang tidak bertudung, sudah memakai tudung sekarang sebab trend...Alhamdulillah. Tapi hati-hati lah dengan perhiasan. Jangan TER-OVER... sebab Allah menjanjikan seksa yang TER-SANGAT pedih. Dah cukup teruk dah kite ni pakai tudung tak tutup dada dan pakai baju ikut badan. Tak payah la memburukkan keadaan lagi.



Note to self : Shikin cepat la bertobat.Dah tua dah ni cik!



Wallahualam.

Moga-moga kita selamat dari seksaan akhirat.

Dengan post ini saya berharap, marilah kita selamatkan kawan-kawan kita yang lain.



1 comment:

gdiamy1 said...

menarik entry nie.....thanks untuk panduan semasa....